Kursus Pembinan Media Pengajaran Berasaskan Fotografi

 

Kursus Pembinaan Media Pengajaran Berasaskan Fotografi anjuran Jabatan Sains Perpustakaan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dengan kerjasama Unit Media, Inovasi dan Promosi, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah, Kompleks Pendidikan, Alor Setar Kedah pada 7 hingga 9 Mac 2017. Kursus ini merupakan salah satu kursus yang telah dirancang oleh Jabatan Sains Perpustakaan dan disenaraikan dalam takwim perancangan 2017. Seramai 11 orang peserta kursus yang terdiri dari pelbagai jabatan telah didedahkan dengan teknik-teknik fotografi, foto editing menggunakan Adobe Photoshop dan menghasil infografik. Peserta juga telah didedahkan teknik dan kaedah menghasilkan klip video menggunakan telefon pintar dan penulisan laporan menggunakan MS Publisher. Fasilitator kursus adalah Encik Omar bin Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) Unit Media, Inovasi dan Promosi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah dan Encik Mohamad Hafiz bin Azmi, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Langgar.