Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

 

Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Kelompok PKG Alor Janggus telah dijalankan pada 6 Mac 2017 bertempat di Pusat Sumber Sekolah Taman Aman, Alor Setar mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 33 orang Guru Perpustakaan dan Media dari kelompok PKG Alor Janggus telah terlibat di dalam kursus kali ini. Kursus telah dikelolakan oleh En. Faisal bin Mohamad bersama En. Mohd Azman bin Basirun dan urusetia Puan Noorlidza binti Mahfodz, Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) PKG Alor Janggus. Peserta telah didedahkan dengan asas penilaian pusat sumber cemerlang dan pembinaan rangkaian pusat sumber.