Program Inisiatif Membaca 2017: Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit

 

Program Inisiatif Membaca 2017: Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit
 
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se Malaysia serta Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan program Program Inisiatif Membaca 2017: Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia pada 27 April 2017 (Khamis). Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Sains Perpustakaan, akan melaksanakan program tersebut pada:
Tarikh: 27 April 2017
Masa: 10.00 pagi hingga 11.10 pagi (10 minit)
Tempat: Lokasi masing-masing.
Untuk makluman, program ini akan dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia. Program ini akan melibatkan segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada pemimpin, kakitangan kerajaan dan swasta, pelajar-pelajar tadika dan sekolah/ institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan. Sehubungan dengan itu pihak Jabatan Sains Perpustakaan mewakili penganjur Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah memohon penglibatan semua staf IPG Kampus Darulaman serta pelajar bagi program tersebut.