Bengkel Bimbingan dan Pemantapan Kendiri Peserta Tokoh Nilam Negeri Kedah 2018

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah telah mengadakan Bengkel Bimbingan dan Pemantapan Kendiri Peserta Tokoh Nilam Negeri Kedah 2018 pada:

Tarikh: 21 dan 22 Februari 2018 (Rabu dan Khamis)
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Jabatan Sains Perpustakaan IPG Kampus Darulaman

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memilih calon Nilam yang akan mewakili negeri Kedah ke peringkat Kebangsaan. Calon telah dipilih berdasarkan empat katagori iaitu:

  • Bahasa Melayu Sekolah Menengah
  • Bahasa Melayu Sekolah Rendah
  • Bahasa Inggeris Sekolah Menengah, dan
  • Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

Seramai lapan pensyarah dari Jabatan Sains Perpustakaan dan Jabatan Bahasa terlibat sebagai pembimbing dan seterusnya menilai calon. Pensyarah yang terlibat adalah:

  1. En. Wan Fadzli bin Wan Haron (JSP)
  2. Tn. Hj. Faisal bin Hj. Mohamad (JSP)
  3. En. Mohd Azman bin Basirun (JSP)
  4. Dr. Siri Sena bin Baba Hamid (JSP)
  5. En. Ramli bin Abu Mansor (JB)
  6. Tn. Hj. Fadzillah bin Fadzil (JB)
  7. Hjh. Norlidar binti Ab Hamid
  8. Pn. Zarina binti Omar