Bengkel Pendedahan Frog-VLE Siri 1

Sejajar dengan surat makluman dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bahawa satu program latihan FROG-VLE perlu dilaksanakan terhadap semua pelajar IPG secara berperingkat. Sehubungan dengan itu Bengkel Pendedahan FROG-VLE telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepada Ahli Jawatankuasa FROG-VLE IPGKDA bagi memenuhi objektif berikut:

  • Memberi pengetahuan serta kemahiran kepada fasilitator tentang modul FROG-VLE.
  • Mendapat panduan dan tata cara penyampaian latihan yang betul tentang penggunaan FROG-VLE sebagai bahan pembelajaran
  • Memberi panduan serta kefahaman yang jelas tentang pengurusan persekitaran pembelajaran maya yang betul dan berkesan.

Bengkel ini telah diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 14 Februari 2018
Tempat: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah
Kumpulan Sasaran: Ahli Jawatankuasa FROG-VLE IPGKDA
Fasilitator: En. Roslan bin Ramli (BTPN)
Puan Noor Halini binti Alias