Taklimat dan Bengkel Nilam Ditambah Baik dan Literasi Maklumat

Taklimat dan Bengkel Nilam Ditambah baik dan Literasi Maklumat telah diadakan hasil permintaan Guru Perpustakaan dan Media SMK Bukit Payong kepada guru-guru. Kursus Asas Kepimpinan Pengawas PSS turut di adakan kepada Pengawas PSS SMK Bukit Payong dan Pengawas PSS SK Jabi, SMK Jabi dan SMK Darulaman. Bengkel selama sehari ini telah diadakan pada 24 Februari 2018 bertempat di Makmal Komputer dan PSS SMK Bukit Payong. Fasilitator yang terlibat adalah En. Wan Fadzli bin Wan Haron, Dr. Siri Sena bin Baba Hamid dan Tn. Hj. Faisal bin Hj. Mohamad.