Maklumat Jabatan

Pengenalan

Jabatan Media dan Informasi (JMI) merupakan wahana IPG Kampus Darulaman untuk mengendalikan kursus berkaitan bidang Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran dan Inovasi Digital bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). JMI juga mengendalikan kursus Wacana Penulisan dan Kemahiran Belajar bagi pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Teknologi dan Media Pengajaran bagi pelajar Program Diploma Lepas Ijazah (PDPLI). JMI juga mengendalikan Kursus Elektif terbuka seperti Fotografi dan  Penerbitan Video. Unit Sains Perpustakaan diberi kepercayaan untuk  mengendalikan  program Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah (BTPN) seperti NILAM dan Pusat Sumber Cemerlang. Matlamat JMI adalah untuk melahirkan insan guru berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dengan Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran, Wacana Penulisan, Inovasi Digital, Kemahiran Belajar, Fotografi dan Penerbitan Video. JMI sentiasa komited untuk membina kecemerlangan, penyelidikan dan inovasi yang cemerlang melalui pengendalian kursus-kursus praperkhidmatan, kursus dalam perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme. Jabatan ini juga sentiasa berusaha menyokong tranformasi peningkatan kualiti pensyarah, peningkatan kualiti pelajar dan pemantapan pembangunan profesional keguruan seperti yang termaktub  dalam kluster inisiatif tranformasi IPGM.

Fungsi Jabatan

  • Melaksanakan kurikulum bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang Pengajian Profesional untuk kursus Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran serta kursus Inovasi Digital.
  • Melaksanakan kurikulum Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI) untuk kursus Teknologi Dan Media Pengajaran.
  • Melaksanakan kurikulum bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dalam bidang Pengajian Generik untuk kursus Wacana Penulisan dan kursus Kemahiran Belajar.
  • Melaksanakan kurikulum Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI) untuk kursus Teknologi Dan Media Pengajaran bagi pelajar KDC.
  • Mengendalikan kursus berkaitan dengan Teknologi Pendidikan, Sains Perpustakaan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pendidikan.
  • Memberikan khidmat profesional dalam bidang Teknologi Pengajaran dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada warga pendidik.
  • Memberikan pengalaman teori dan praktikal kepada warga pendidik tentang ilmu berkaitan dengan reka bentuk, pembangunan dan aplikasi media pengajaran.