PENGENALAN

Jabatan Media dan Informasi (JMI) merupakan wahana IPG Kampus Darulaman untuk mengendalikan kursus berkaitan bidang Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran dan Inovasi Digital bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Wacana Penulisan dan Kemahiran Belajar bagi pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Teknologi dan Media Pengajaran bagi pelajar Program Diploma Lepas Ijazah (PDPLI). JMI mengendalikan Kursus Elektif terbuka seperti Fotografi dan Penerbitan Video. JMI di bawah unit Sains Perpustakaan diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah (BTPN) seperti NILAM dan Pusat Sumber Cemerlang. Matlamat JMI adalah untuk melahirkan insan guru berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dengan Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran, Wacana Penulisan, Inovasi Digital, Kemahiran Belajar, Fotografi dan Penerbitan Video. JMI sentiasa komited untuk membina kecemerlangan, penyelidikan dan inovasi yang cemerlang melalui pengendalian kursus-kursus praperkhidmatan, kursus dalam perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme. Jabatan ini juga sentiasa berusaha menyokong tranformasi peningkatan kualiti pensyarah, peningkatan kualiti pelajar dan pemantapan pembangunan profesional keguruan seperti yang termaktub dalam kluster inisiatif tranformasi IPGM.