PDPLI

Nama Kursus: Teknologi dan Media Pengajaran
Kod Kursus: EDUP2053
Pelajar: Program Diploma Lepas Ijazah (PDPLI)
Semester dan Tahun Ditawarkan: Semester Dua Tahun Satu
Nilai Kredit: Tiga
Mod Penyampaian: Kuliah dan Tutorial

Rasional Kursus Dalam Program:
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat kemahiran dalam mengaplikasikan pelbagai teknologi dan media  dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga diberikan kemahiran merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran dengan cekap.

Sinopsis Kursus:
Kursus ini membincangkan konsep dan amalan teknologi dan media pengajaran;  pembangunan media pengajaran serta peranan media dalam pengajaran dan pembelajaran,  pengaplikasian kemahiran teknikal dalam mengubah suai dan menghasilkan media pengajaran yang berkualiti dan berkesan.