PISMP

Nama Kursus: Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Kod Kursus: EDUP3053
Pelajar: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Semester dan Tahun Ditawarkan: Semester Satu Tahun Dua
Nilai Kredit: Tiga
Mod Penyampaian: Kuliah dan Tutorial

Rasional Kursus Dalam Program:
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran pelbagai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran serta menguasai kemahiran merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran dengan cekap.

Sinopsis Kursus:
Kursus ini memberi fokus kepada konsep dan amalan teknologi pengajaran. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran. Pelajar akan mengaplikasikan kemahiran teknikal dalam menghasilkan media pengajaran yang berkualiti dan berkesan serta mengurus media dan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan cekap.