PPISMP

Nama Kursus: Wacana Penulisan
Kod Kursus: GWP1092
Pelajar: Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
Semester dan Tahun Ditawarkan: Semester Dua Tahun Satu
Nilai Kredit: Dua
Mod Penyampaian: Kuliah dan Tutorial

Rasional Kursus Dalam Program:
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat memahami dan menguasai wacana penulisan.

Sinopsis Kursus:
Kursus ini memberi fokus kepada wacana dalam penulisan, merangkumi tiga tajuk iaitu pengenalan wacana, penulisan akademik dan wacana dalam kritikan. Kursus ini bertujuan mengembangkan serta memperluas pengetahuan tentang wacana dalam pelbagai bahan penulisan. Selain itu, kursus ini juga membolehkan pelajar mengaplikasikan kemahiran menulis dan menghasilkan penulisan dalam pelbagai disiplin mengikut format tertentu.

 

Nama Kursus: Kemahiran Belajar
Kod Kursus: GKB1053
Pelajar: Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
Semester dan Tahun Ditawarkan: Semester Satu Tahun Satu
Nilai Kredit: Tiga
Mod Penyampaian: Kuliah dan Tutorial

Rasional Kursus Dalam Program:
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran pelbagai jenis alat Kursus/Modul berfikir untuk memaksimumkan potensi pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran dalam program kendiri

Sinopsis Kursus:
Kursus ini membincangkan konsep kemahiran belajar, pengurusan pembelajaran dan kemahiran perolehan dan pengurusan maklumat. Kandungan kursus merangkumi tiga komponen: kemahiran literasi maklumat, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan kemahiran pengurusan diri sebagai siswazah dalam institusi pengajian tinggi. Cara-cara menggunakan perisian komputer dan sistem pengurusan maklumat didedahkan bagi meningkatkan keupayaan belajar. Aspek-aspek pentaksiran dan menangani masalah pembelajaran juga dibincangkan agar pelajar dapat membuat persediaan menghadapinya.